Friday, 12 September 2014

#sel ialah unit asas kehidupan

Benda hidup yang wujud di dunia ini banyak jenisnya. Ada yang terlalu kecil sehingga perlu menggunakan alatan tertentu bagi membantu penglihatan. Sebagai contohnya mikroorganisma yang sangat kecil dan memerlukan mikroskop untuk dilihat.

Terdapat 2 jenis organisma iaitu organisma unisel dan organisma multisel.



 MIKROORGANISMA UNISEL
Terdiri daripada hanya satu sel sahaja
Selalunya hidup dalam air dan tempat yang lembap



 MIKROORGANISMA MULTISEL
Terdiri daripada banyak sel dengan fungsi berbeza
Kebanyakkan hidup dalam air, sesetengahnya boleh hidup di atas roti lembap


# Perlu diingat bahawa sekalipun organisma unisel hanya terdiri daripada satu sel sahaja, namun organisma tersebut masih dapat  melakukan semua aktiviti seperti organisma multisel. Contohnya, membiak, respirasi dan bergerak.

No comments:

Post a Comment