Wednesday, 17 September 2014

Friday, 12 September 2014

1: Lajur ialah garisan menegak yang dikira dari kiri
    ke kanan



01          02          03          04          05         06          07          08          09



 LAJUR



1: Baris ialah garisan mendatar yang dikira dari hadapan ke belakang




09
08
07
06
05
04
03
02
01 












Sel merupakan unit asas bagi semua organisma. Sel juga boleh wujud dalam bentuk dan saiz yang berbeza. Oleh sebab saiz sel yang sangat kecil, jadi sel hanya boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop. Sel boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu SEL HAIWAN dan SEL TUMBUHAN.


Memahami sel haiwan dan sel tumbuhan sel pipi sel bawang
 SEL HAIWAN
Terdiri daripada nukleus, sitoplasma dan membran sel
Mempunyai bentuk yang tidak tetap
Saiz yang lebih kecil
Contoh sel : Sel pipi manusia
Memahami sel haiwan dan sel tumbuhan sel pipi sel bawang
 SEL TUMBUHAN
Terdiri daripada nukleus, sitoplasma, membran sel, dinding sel, vakuol, kloroplas
Mempunyai bentuk yang tetap
Saiz yang lebih besar
Contoh sel : Sel Bawang 




tak susah pon nak buat kan
jadi marila kita lakukan eksperien ini bersama

1. Arah digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat.
2. Arah dapat ditentukan berpandukan:
(a) arah matahari terbit dan terbenam;
(b) bintang-bintang pada waktu malam;
(c) arah mata angin kompas.

3. Arah mata angin utama dalam kompas megnetik ialah utara(U),timur(T)selatan(S), dan barat(B).
4. Arah mata angin perantaraan antara empat arah mata angin utama termasuklah:
(a) timur laut, iaitu antara utara dengan timur;
(b) tenggara, iaitu antara timur dan selatan;
(c) barat laut, iaitu antara utara dan barat;
(d) barat daya, iaitu antara barat dengan selatan.

5. Untuk menentukan arah mata angin dengan berpandukan matahari, tangan kanan bolehlah dihalakan ke arah matahari terbit. Dengan berbuat begitu, seseorang akan menghadao ke utara, dibelakangnya selatan, tangan kiri menunjuk ke arah barat dan tangan kanan menunjuk ke arah timur.
6. Arah mata angin dapat ditentukan dengan lebih mudah dengan menggunakan kompas magnetik.
7. Kompas ialah sejenis alat yang dibuat daripada logam. Jarumnya dibuat daripada magnet.
8. Jarum kompas magnetik sentiasa menunjuk ke arah utara akibat tarikan magnet dan Kutub Utara Bumi.
9. Panduan menggunkan kompas di lapangan:
(a) Pilih satu titik rujukan.
(b) Letakkan kompas magnetik pada permukaan yang rata.
(c) Pastikan tiada besi atau magnet yang memesongkan jarum.
(d) Orientasikan kompas, pusingkan kompas magnetik ke huruf U dan bertindan dengan jarum.
(e) Tentukan arah objek.
#sel ialah unit asas kehidupan

Benda hidup yang wujud di dunia ini banyak jenisnya. Ada yang terlalu kecil sehingga perlu menggunakan alatan tertentu bagi membantu penglihatan. Sebagai contohnya mikroorganisma yang sangat kecil dan memerlukan mikroskop untuk dilihat.

Terdapat 2 jenis organisma iaitu organisma unisel dan organisma multisel.



 MIKROORGANISMA UNISEL
Terdiri daripada hanya satu sel sahaja
Selalunya hidup dalam air dan tempat yang lembap



 MIKROORGANISMA MULTISEL
Terdiri daripada banyak sel dengan fungsi berbeza
Kebanyakkan hidup dalam air, sesetengahnya boleh hidup di atas roti lembap


# Perlu diingat bahawa sekalipun organisma unisel hanya terdiri daripada satu sel sahaja, namun organisma tersebut masih dapat  melakukan semua aktiviti seperti organisma multisel. Contohnya, membiak, respirasi dan bergerak.
Koordinat
1. Koordinat ialah persilangan antara lajur dengan baris yang menentukan kedudukan sesuatu tempat.
2. Garisan menegak pada pelan atau peta dikenal sebagai lajur, manakala garis mendatar pula dikenal sebagai baris.
3. Setiap lajur dinomborkan dari kiri ke kanan dan baris dinomborkan dari hadapan ke belakang.
4. Lajur dinyatakan terlebih dahulu, diikuti dengan baris.
Kelajuan orbit planet Mercury: 47.87 km/s atau 172,332 km/h Kelajuan orbit bumi: 29.78 km/s atau 107,200 km/h
Kelajuan putaran bumi di paksi: 1670 km/h
Kelajuan orbit planet Jupiter: 13.07 km/s atau 47 052 km/h


Sebenarnya kita (planet bumi) bergerak dalam orbit mengelilingi matahari dengan amat laju iaitu lebih 100 ribu km per jam (lebih 80 Mach atau 80 kali kelajuan bunyi) dan berputar pula  selaju 1,670 km per jam. Untuk dapat gambaran berapa laju, cuba bandingkan dengan kereta F1 yang top speed baru 320km/h. Rekod pesawat hypersonic terlaju iaitu X-43 NASA (unmanned) pun baru capai 12,144 km/h atau or Mach 9.8 . Apa jadi kalau planet ni berenti tiba-tiba atau berlanggar dengan objek lain… heher… tengok apa jadi bila kereta formula1 kena langgarler.. tu baru sikit…
Putaran bumi akan menyebabkan berlakunya:
..........
Siang dan Malam
  • Putaran bumi di atas paksinya mengakibatkan hanya sebahagian bumi yang menerima cahaya matahari dan bahagian yang satu lagi dalam kegelapan pada waktu-waktu tertentu.

  • Bahagian  yang menghadap matahari mengalami waktu siang, manakala bahagian yang bertentangan dengan matahari mengalami waktu malam.
     
..........
Biasan Angin dan Arus Lautan
  • Objek yang melintasi hemisfera utara akan dibias ke kanan, manakala objek yang melintasi hemisfera selatan akan  dibias ke kiri.
............ Air Pasang Surut
  • Air pasang surut di laut adalah akibat daripada tarikan graviti bulan.
Peredaran bumi mengelilingi matahari serta kecondongan paksinya juga menyebabkan berlakunya kejadian empat musim dalam setahun. Negara-negara yang mengalami kejadian empat musim yang nyata ialah Negara-negara Eropah, Kanada, Amerika Syarikat, China dan Jepun.

 
Musim
Hemisfera Utara 
Hemisfera Selatan
Ciri-ciri Musim
Suasana
Ekuinoks Musim Bunga 
Mac - Mei 
September - November
  • Matahari tegak di Garisan Khatulistiwa  ( 0 )
  • Hemisfera utara dan Hemisfera selatan mengalami siang dan malam yang sama panjang


Solstis Musim Panas 
Jun -  Ogos
Disember - Februari
  • Matahari tegak di Garisan Sartan  ( 23 1/2  U )
  • Hemisfera utara (siang lebih panjang
  • Hemisfera selatan (malam lebih panjang)
  • Kutub Utara  ( 24 jam siang)
  • Kutub selatan ( 24 jam malam)


Ekuinoks Musim Luruh
September - November 
Mac - Mei
  • Matahari tegak di Garisan Khatulistiwa  ( 0 )
  • Hemisfera utara dan Hemisfera selatan mengalami siang dan malam yang sama panjang
Solstis Musim Dingin 
Disember - Februari 
Jun - Ogos
  • Matahari tegak di Garisan Jadi  ( 23 1/2  S )
  • Hemisfera utara (malam lebih panjang
  • Hemisfera selatan (siang lebih panjang)
  • Kutub Utara  ( 24 jam malam)
  • Kutub selatan ( 24 jam siang)


Empat musim yang nyata ini biasanya berlaku di pertengahan Garisan Lintang dan tidak berlaku di kawasan Tropika kerana matahari sentiasa berada tinggi di langit.
Di kawasan Garisan Artik dan Garisan Antartik, musim bunga dan musim luruh sangat pendek, manakala musim panas dan musim sejuknya agak panjang.
Mungkin ada yang perasan dan ada yang tak perasan akan perubahan terhadap bumi kita. Kalau korang sedar keadaan cuaca tidak menentu dan bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dipercayai mempunyai kaitan dengan perubahan kecondongan paksi bumi. Sebelum ini juga tao ada bagi tau pada tahun 2011 dimana paksi bumi telah menganjakkan bumi daripada titik paksi sekurang-kurangnya 8-10 sentimeter ke timur setelah berlakunya gempa bumi di Jepun pada tahun tersebut.

subahanallah  adakah ini petanda nya !!!!!!!





boleh cuba ni tak susah pon alat wajib ialah air mari kta lakukan eksperimrn in bersama





Ini menunjukkan yang sesuatu roket memerlukan tenaga tekanan untuk dilancarakan
Dalam semua alat alatan pasti ade kaitan dengan sains dan tak semestinya alatan je, diri kita jugak ade kaitan ngan sains

Al Quran ialah pusat bagi semua ilmu pengetahuan terutama sekali sains.
#   Sains ialah satu ilmu pengetahuan dengan menggunakan kajian yang sistematik untuk         mengkaji alam sekitar/alam semesta


#    Sains juga penting dalam kehidupan seharian contoh nya bagaimana hendak kita mengetahui apakah yang pokok atau tumbuh tumbuhan perlukan untuk membuat makanan nya atau disebutkan fotosentisis