MASYALLAH KEAJAIPAN DUNIA
KEHIDUPAN
sains dan geografi ialah kehidupan kita
Friday, 12 September 2014
Sel merupakan unit asas
bagi semua organisma. Sel juga boleh wujud dalam bentuk dan saiz yang
berbeza. Oleh sebab saiz sel yang sangat kecil, jadi sel hanya boleh
dilihat dengan menggunakan mikroskop. Sel boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu SEL HAIWAN dan SEL TUMBUHAN.
SEL HAIWAN
Terdiri daripada nukleus, sitoplasma dan membran sel
Mempunyai bentuk yang tidak tetap
Saiz yang lebih kecil
Contoh sel : Sel pipi manusia
SEL TUMBUHAN
Terdiri daripada nukleus, sitoplasma, membran sel, dinding sel, vakuol, kloroplas
Mempunyai bentuk yang tetap
Saiz yang lebih besar
Contoh sel : Sel Bawang
1. Arah digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat.
2. Arah dapat ditentukan berpandukan:
(a) arah matahari terbit dan terbenam;
(b) bintang-bintang pada waktu malam;
(c) arah mata angin kompas.
3. Arah mata angin utama dalam kompas megnetik ialah utara(U),timur(T), selatan(S), dan barat(B).
4. Arah mata angin perantaraan antara empat arah mata angin utama termasuklah:
(a) timur laut, iaitu antara utara dengan timur;
(b) tenggara, iaitu antara timur dan selatan;
(c) barat laut, iaitu antara utara dan barat;
(d) barat daya, iaitu antara barat dengan selatan.
5. Untuk menentukan arah mata angin dengan berpandukan matahari, tangan kanan bolehlah dihalakan ke arah matahari terbit. Dengan berbuat begitu, seseorang akan menghadao ke utara, dibelakangnya selatan, tangan kiri menunjuk ke arah barat dan tangan kanan menunjuk ke arah timur.
6. Arah mata angin dapat ditentukan dengan lebih mudah dengan menggunakan kompas magnetik.
7. Kompas ialah sejenis alat yang dibuat daripada logam. Jarumnya dibuat daripada magnet.
8. Jarum kompas magnetik sentiasa menunjuk ke arah utara akibat tarikan magnet dan Kutub Utara Bumi.
9. Panduan menggunkan kompas di lapangan:
(a) Pilih satu titik rujukan.
(b) Letakkan kompas magnetik pada permukaan yang rata.
(c) Pastikan tiada besi atau magnet yang memesongkan jarum.
(d) Orientasikan kompas, pusingkan kompas magnetik ke huruf U dan bertindan dengan jarum.
(e) Tentukan arah objek.

#sel ialah unit asas kehidupan
Benda hidup yang wujud di dunia ini banyak jenisnya. Ada yang terlalu kecil sehingga perlu menggunakan alatan tertentu bagi membantu penglihatan. Sebagai contohnya mikroorganisma yang sangat kecil dan memerlukan mikroskop untuk dilihat.
Terdapat 2 jenis organisma iaitu organisma unisel dan organisma multisel.
# Perlu diingat bahawa sekalipun organisma unisel hanya terdiri daripada satu sel sahaja, namun organisma tersebut masih dapat melakukan semua aktiviti seperti organisma multisel. Contohnya, membiak, respirasi dan bergerak.

MIKROORGANISMA UNISEL
Terdiri daripada hanya satu sel sahaja
Selalunya hidup dalam air dan tempat yang lembap
MIKROORGANISMA MULTISEL
Terdiri daripada banyak sel dengan fungsi berbeza
Kebanyakkan hidup dalam air, sesetengahnya boleh hidup di atas roti lembap
# Perlu diingat bahawa sekalipun organisma unisel hanya terdiri daripada satu sel sahaja, namun organisma tersebut masih dapat melakukan semua aktiviti seperti organisma multisel. Contohnya, membiak, respirasi dan bergerak.
Koordinat
1. Koordinat ialah persilangan antara lajur dengan baris yang menentukan kedudukan sesuatu tempat.2. Garisan menegak pada pelan atau peta dikenal sebagai lajur, manakala garis mendatar pula dikenal sebagai baris.
3. Setiap lajur dinomborkan dari kiri ke kanan dan baris dinomborkan dari hadapan ke belakang.
4. Lajur dinyatakan terlebih dahulu, diikuti dengan baris.
Subscribe to:
Posts (Atom)